April 8, 2009...12:15 am

Janji Melayu

Jump to Comments

Demi Masa. Sesungguhnya Manusia dalam kerugian. Kecuali Orang-orang yang beramal soleh dan saling nasihat menasihati dalam kebenaran dan kesabaran

Aku rase sick sangat dengan term tuh (janji Melayu)!! That is a humiliation and what we’re doing? We’re joking about it… Yes, berjenaka tentang kebodohan diri sendiri…

FYI aku seorang yang selalunya akan tepati masa dan aku sangat meluat bila term tu ko campak kat aku bila ko lambat atau tak menampakkan batang idung langsung… Hey, c’mon mcm mane bangsa kita nak maju…time management pon da hancus tak payah cakap la mende2 lain yg lagi kompleks tuh…

Mane tah datang term yang tak semena-mena jadi satu istilah baru dalam perbendaharaan kata orang Melayu ni. Aku tak fikir ini dimulakan dek bangsa-bangsa lain Cina, India mahupun bangsa-bangsa bersatu tapi istilah ni datangnya dari kita sendiri untuk describe dan mengiakan keburukan diri sendiri.

Bahasa lembutnye “bagai membuka pekung di dada”. Ye sekarang semua orang tau buruknye perangai bangsa kita. Semua orang dah tau susahnya orang kita nak tepati janji, susah nak menepati masa.

Yerp, it’s a cliche bila korang lambat siket maka akan terpacullah kata-kata “biasalah, janji Melayu”… janji kol 10 awal-awal pon 10.15 baru nampak. Untuk pengetahuan anda, ini satu yang tidak baik, maka anda tidak harus berjenaka tentang perkara ini.

Aku ade banyak experince working with non-Muslims buat project, experiments, assignments and all that dan aku tak hadapi masalah langsung in terms of nak menepati masa. Janji kol 8 malam exactly 8 mlm aku dtg diorg dah ready…

Tapi kenapa kita yang berbangsa Melayu beragama Islam susah sangat nak tepati masa. Kan ke kita dah bagi bad impression pada diorang (non-Muslims).  Camne kita nak expect diorang boleh jatuh cinta dengan Islam kalo kita  sendiri keep on showing all this bad attitude.

Aku tak ingat la ni kata-kata sape, Yusuf Islam kot…correct me if i’m wrong. Aku alihsuarakan ke bahasa Melayu la senang sket nak paham. Lebih kuang camni la:

Saya tidak akan tertarik dengan Islam kalau hanya melihat kepada sikap umat Islam itu sendiri

Tak faham? cube bace baik-baik kalo tak paham gak sila tanya saya..

Akhir kata dari saya, ubah la perangai tu wahai Melayu yg majoritinya Islam. Tak harus wujud term “janji Melayu” ni. Kalo nak kekalkan pon it’s okay, tapi biarlah bila orang dengar istilah janji Melayu orang akan fikir, ooo …mereka sangat menepati masa, menepati janji! always show up EARLY!!

p/s: Ini nasihat untuk diri sendiri, tiada niat nak mengkritik sesiapa…

8 Comments

  • owh…tapi sy ade pengalaman kerje ngan chinese,tp sengal…
    penat2 kitorg stay up siapkan project tu,disbbkan silap konsep sket, then lecturer kata…”yong, kenapa u bantu diorg, u kat terel…”

    aarrgghh….sakit ati..dahla die goyang kaki je…huhuhu….arrgghhhh…emo btul~huhuhu…
    tapi kalo chinese tu rajin, die mmg btul2 rajin~

  • It is the people yang buat hal and it is not the religion. Personally saya rs kelakar pada orang2 yang point tunding jari salahkan agama seseorang bila seseorang tu buat hal. Apa bezanya dia dengan orang yang dia kutuk tu dan juga agama orang yang dia kutuk tu dengan agama dia? Sekurang2nya orang yang dia kutuk tu tak main mengutuk ngutuk agama.. huhu.. Ini mingkin tersasar dr topic tapi saja nak express thought yang tengah berlegar-legar dalam kepala nie…

    Anyway, back to the topic; semuanya bermula dr diri.. Dah tau istilah itu hodoh dan bodoh tak yah la guna lagi.. Sebab tanpa sedar, ia akan jadi habit.. and tanpa sedar kita amalkan jugak.. satu bangsa itu bermula pada satu unit kecil yang dipanggil individu.jadi sebagai individu mungkin kita leh buat something to change this.. contribute je, even a little. pastu bila kita berkawan pulak, kita jangkitkan dia dengan habit patuhi masa tu. insha allah, boleh..

    • yeah most of the time bila something negatif people tend to point their finger towards religion…and most of the time Islam yg jd mangsa…”pengganas Islam, puak pelampau Muslim, etc..”…tp bila orang yg beragama lain x pon dikaitkn dgn agama ye tak?? pernah dengar ke pengganas Kristian? pelampau Hindu?

      Cik Nono…are u mad at me or org yg popularkn istilah tu…x kisah la..so lets stop using such term…
      period

      • Hoho.. I am not mad at you. Now dah feeling-less tak ingat what was my mood masa komen kat atas tu. Hoho. Sorry kamu! :D

        Mungkin kita ter-emo pasal religion tu kot. Confuse-confuse :P

  • erm,, aku sebenarnya tak paham isi cerita nyer,, tp dari segi topik dia tu aku paham la sikit2,, janji melayu,, sedap bunyi nya kan.. ada ke orang kate janji cina,, janji india,,takde kan. klu janji rock adalah.. haha.. tapi jnji melayu tu mmg dah biasa dah kat orang melayu ni, n aku sokong la ckp nono tu, sbb dari individu berjangkit ke masyarakat.. so nak ubah tu mmg makan masa, termasuk aku..
    lagi satu,, pengalaman berkerja dgn non-muslim ni,, bab masa diorang punctual,, tapi bab ilmu,, klu kedekut mmg kedekut betul.. so,, lepas ni kita pun kene kedekut dgn diorang…

    p/s: yus, lelaki dgn pmpn,,, mn lagi lambat?
    soalan cepu mas ni…hahaha

    saje nak timbulkan conrtoBESI…lalalala

    • adoyai ape yg ko tak paham majid oii…aku tulis bhs melayu la beb..
      x bleh kedekut ilmu…ape kiter tau bg je..kalo diorg nk kdkut2 lantak diorg la… diorg hidup utk dunia, kita org Islam lain…remember that..

      p/s: msti la pompuan… cube kiter lumba lari msti la kite mng…tp ape kaitan ngan post kt atas??..mmm

  • betul.. betul.. dan betul.. memang inilah mentaliti yg kita kena ubah berkurun2.

    camna nak maju kalau setkata berjanji kosong?

    angka kosong dengan air kozong pun ada nilai dan sedap diminum dari janji kosong.


Leave a Reply