Tag Archives: melayu

Janji Melayu

Demi Masa. Sesungguhnya Manusia dalam kerugian. Kecuali Orang-orang yang beramal soleh dan saling nasihat menasihati dalam kebenaran dan kesabaran

Aku rase sick sangat dengan term tuh (janji Melayu)!! That is a humiliation and what we’re doing? We’re joking about it… Yes, berjenaka tentang kebodohan diri sendiri…

FYI aku seorang yang selalunya akan tepati masa dan aku sangat meluat bila term tu ko campak kat aku bila ko lambat atau tak menampakkan batang idung langsung… Hey, c’mon mcm mane bangsa kita nak maju…time management pon da hancus tak payah cakap la mende2 lain yg lagi kompleks tuh…

Mane tah datang term yang tak semena-mena jadi satu istilah baru dalam perbendaharaan kata orang Melayu ni. Aku tak fikir ini dimulakan dek bangsa-bangsa lain Cina, India mahupun bangsa-bangsa bersatu tapi istilah ni datangnya dari kita sendiri untuk describe dan mengiakan keburukan diri sendiri.

Bahasa lembutnye “bagai membuka pekung di dada”. Ye sekarang semua orang tau buruknye perangai bangsa kita. Semua orang dah tau susahnya orang kita nak tepati janji, susah nak menepati masa.

Yerp, it’s a cliche bila korang lambat siket maka akan terpacullah kata-kata “biasalah, janji Melayu”… janji kol 10 awal-awal pon 10.15 baru nampak. Untuk pengetahuan anda, ini satu yang tidak baik, maka anda tidak harus berjenaka tentang perkara ini.

Aku ade banyak experince working with non-Muslims buat project, experiments, assignments and all that dan aku tak hadapi masalah langsung in terms of nak menepati masa. Janji kol 8 malam exactly 8 mlm aku dtg diorg dah ready…

Tapi kenapa kita yang berbangsa Melayu beragama Islam susah sangat nak tepati masa. Kan ke kita dah bagi bad impression pada diorang (non-Muslims).  Camne kita nak expect diorang boleh jatuh cinta dengan Islam kalo kita  sendiri keep on showing all this bad attitude.

Aku tak ingat la ni kata-kata sape, Yusuf Islam kot…correct me if i’m wrong. Aku alihsuarakan ke bahasa Melayu la senang sket nak paham. Lebih kuang camni la:

Saya tidak akan tertarik dengan Islam kalau hanya melihat kepada sikap umat Islam itu sendiri

Tak faham? cube bace baik-baik kalo tak paham gak sila tanya saya..

Akhir kata dari saya, ubah la perangai tu wahai Melayu yg majoritinya Islam. Tak harus wujud term “janji Melayu” ni. Kalo nak kekalkan pon it’s okay, tapi biarlah bila orang dengar istilah janji Melayu orang akan fikir, ooo …mereka sangat menepati masa, menepati janji! always show up EARLY!!

p/s: Ini nasihat untuk diri sendiri, tiada niat nak mengkritik sesiapa…

Advertisements

8 Comments

Filed under Nerdy Proffs Speak

Some kind of disease?

Maaf post ini mengandungi banyak perkataan BODOH

Aku rasa begitu sukar nak melelapkan mata these few days. Bukannye runsing pikirkan masalah politik negara, bukan jugak risau pasal Final year Project aku yang tak jadi ni dan bukannya berjaga utk buat ape-ape yang berfaedah pon…Tapi ni la kot yang berlaku once kita dah banyak berhutang dgn sleeping bank..

Nak buat report malas, Main Counter strike pon malas dah terer sangat, nak tengok movie ahh x de mood, nak study? out of calculation la. Aku pon x igt bila kali terakhir aku study. Maklumla final year student….

Aku yang kebosanan tak boleh lelapkan mata ni pon mulalah merantau sekitar alam maya ni mencari sesuatu yang menyeronokkan…Sila buang sebarang tanggapan skeptikal bila terdengar perkataan “menyeronokkan”… Ia suatu yang sangat subjektif…

Ade orang seronok lepak warung kopi bersidang  mengalahkan ahli parlimen yang macam beruk makyeh…ade plak orang seronok menonton video lucah dikala rumatenye sedang tidur…dan ada juga orang yang seronok merendahkan diri, bersujud menghadap Allah SWT…Sekali lagi ianya sangat subjektif…terpulang pada tanggapan anda, pilihan di tangan anda mau syurga atau neraka….

Dalam berjaga ni sempat jugak aku membuat sedikit research walaupun report untuk Project aku tak siap lagi…Saje-saje dok main-main kat sini…. Aku yang berbangsa Melayu ni pon mulalah menaip perkataan “Melayu” nak tengok peymes ke tak  bangsa aku ni ek?…huhu not bad at all…”skandal melayu, melayu boleh!, melayu bogel”…wahh hebat!!…

Okay aku yang penuh sifat inkuiri di dada cuba lak keyword lain yang best-best mana tau leh tarik trafik yang banyaknye ke blog aku ni…what about “seks”…then offkan filter tu…woww!! “video seks melayu, kisah seks, gadis seks!!”….yeeehaa!!…BODOH!!

dumb_and_stupid-corner

Apa yang aku boleh cakap…BODOH!!…memalukan bangsa aku jer…kalu keyword tu “sex” aku x lah begitu keciwa sebab aku boleh bersangka baik yg itu mungkin orang dr planet marikh atau jupiter, atau mungkin spongebob square pants dan sahabat-sahabatnya…tapi “seks”? sape yang mengeja seks? orang arab? mat saleh? orang jepun?penduduk marikh? spongebob squarepants? …sahih2 la bangsa aku…orang Melayu!!… Sekali lagi BODOH!!

Generally kat Malaysia ni once kita dgr je Melayu…kita akan trus kaitkan dgn Islam…ade kt dlm perlembagaan ke ape tah  kalo x salah aku Melayu =Islam walopon equation tu tak berape nak valid ari ni. Tapi still majoriti yang berbangsa Melayu tu Islam…so ko bagi imej yang buruk pada agama aku Islam tau tak….BODOH!!

Adakah bangsa aku yg beragama Islam gila seks? Aku tak tau…kau ada jawapannya barangkali…

p/s: kalo ade yang terlink ke mari mengharapkan benda-benda tak senonoh tu…strategi aku nk tarik trafik berjaya….haha padan muka…..ko memang BODOH!!

p/p/s: maaf kalo terkene batang idung sesiapa…nasihat untuk aku yg bodoh juga…

8 Comments

Filed under Anything